Hati itu 3 bahagian :-
1) Hati yang selamat sejahtera :
Berjaya menyelamatkan hatinya dari melakukan perkara-perkara syubhah dan memelihara imannya dari perkara-perkara yang menyengutukan Allah (syirik) serta melaksanakan segala suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT juga mengikuti sunnah Rasulullah saw. . Dengan kata lain manusia yang selamat sejahtera hatinya ini sentiasa melakukan ibadah ikhlas kerana Allah dengan sepenuh rasa kehambaan. Ia sentiasa menjaga akhlak dari segi perbuatan, perkataan dan amalan. Sekiranya ia bercinta, cintanya kerana Allah dan sekiranya ia marah, marahnya berlandaskan syariat Allah.
2) Hati yang mati :
Orang yang tidak mengenal Allah adalah Tuhannya, engkar dan tidak melaksanakan suruhanNYA serta menderhaka kepada sunnah Rasulullah s.a.w, sentiasa melakukan perkara-perkara yang mungkar. Orang yang hatinya mati ini sentiasa mengikut nafsu syahwatnya . Dimana mengabdikan dirinya hanya kepada hawa nafsu sahaja.
3) Hati yang sakit
Hati yang hidup tetapi ada cacatnya. Ia mengandungi dua unsur yang berlawanan, pada satu ketika ia baik dan pada ketika yang lain pula ia buruk. Adakalanya di satu sudut hati itu di dalam keadaan cintakan Allah Taala, beriman denganNya, ikhlas kepadaNya dan sentiasa bertawakal kepadaNya dalam setiap perkara. Dari sudut yang lain pula hati itu di dalam keadaan sering dan cenderung mengikut hawa nafsu. Bersifat tidak berpuashati dengan orang lain, dengki, menabur fitnah dan sebagainya.
Penyakit hati ada dua bahagian
1. Tidak menyakitkan dirinya secara fizikal :- seseorang yang jahil, syubhat dan syak. Ia merupakan penyakit hati yang paling bahaya.
2. Dizahirkan dengan fizikal hingga menyakitkan dirinya :- sedih, sayu, dukacita, marah dan sebagainya. Penyakit hati in boleh dihilangkan dengan musababnya yang lain.
Penawar bagi kesemua jenis penyakit hati ini terkandung di dalam Al Quran. Firman Allah Taala : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
1- Dengan Al Quranul Karim;
merupakan ubat paling berkesan ketika mana hati di dalam keadaan syak, yang boleh menghilangkan syirik dan kotoran kekufuran serta penyakit syubhat dan syahwat.
2- Mengubati penyakit hati dengan tiga perkara :
· Menjaga hati dengan kekuatannya iaitu dengan keimanan, amal soleh dan amal yang membawa kepada ketaatan.
· Benci atau menjauhi dari kemudaratan iaitu dengan menjauhi dari setiap maksiat dan perkara yang berlawanan syariat.
· Menyucikan diri dari perkara yang buruk iaitu dengan taubat dan istighfar.
3- Mengubati penyakit hati yang dikuasai oleh nafsu secara muhasabah ( merenung / mengimbas semula kesilapan) dan mukhalafah (menyedari dan memperbaiki kesilapan)
4- Mengubati penyakit hati dari syaitan :
Syaitan merupakan musuh bagi insan. Untuk mlepaskan diri dari godaannya Allah SWT menyarankan kita menbaca isti’azah (اعوذ بالله من الشيطان الرجيم ) dan Nabi s.a.w pula telah menggabungkan isti’azah ini untuk berlindung dari keburukan nafsu dan keburukan syaitan. Isti’azah, tawakal dan ikhlas itu dapat menghalang dari dikuasai syaitan.
Hati Sakit & Hasad Dengki
Orang yang hatinya sentiasa sakit akan melahirkan perasaan hasad dengki, oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT yang dipinjamkan kerana kiranya kita tidak bersyukur kita tidak akan puas hati melihat kejayaan orang lain. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan, kerana kalau tidak beramal soleh nanti maksiat pula yang akan datang. Sentiasa beringat bahawa hasad dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal, kerana apabila berusaha ke arah yang haram akan terjerumus ke lembah yang hina. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan kerana berburuk sangka akan dijauhi orang. Hendaklah selalu mengikat silaturrahim dan bantu membantu serta menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain agar tidak hilang rakan dan taulan.
“ Usah cemburu melihat apa yang orang lain miliki, sehingga kita membutakan hati kita untuk bersyukur apa yang telah kita nikmati” - Jue
Tiada ulasan:
Catat Ulasan